Tuesday, 29 March 2016

PEMANDU TEKSI MOGOK 5 DITAHAN @SINAR HARIAN

dari akhbar sinar harian : AHMAD ISMADI ISMAIL


KUALA LUMPUR – Seramai lima lelaki ditahan, dipercayai kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika menyuraikan sekumpulan pemandu teksi yang melancarkan mogo berhampiran sebuah pusat membeli belah di bukit bintang bagi membantah perkhidmatan Grabcar dan Uber, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya turut menyita dua teksi kerana menghalang lalu-lintas.
“Sekumpulan pemandu teksi berkumpul di Jalan Ampang berhampiran KLCC pada jam 10 pagi, sebelum mereka berarak ke jalan Bukit Bintang.
“Kita dapati 50 hingga 70 teksi diletakkan dihadapan sebuah pasar raya di Jalan Bukit Bintang pada jam 10.20 pagi”, katanya.
Beliau berkata, Jalan Bukit Bintang mulai sesak pada jam 10.30 pagi kerana pemandu teksi memberhentikan kenderaan mereka disitu.
“Hanya satu lorong boleh dilalui. Semua jalan masuk ke Jalan Bukit Bintang terpaksa dilencongkan oleh polis trafik bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas” katanya.
Zainol berkata, timbalannya Superintendan Habibi Majinji cuba berunding dengan wakil kumpulan pemandu teksi itu, tetapi gagal.
“Pada jam 11.45 pagi, kita telah berikan arahan untuk mereka bersurai dalam tempoh 15 minit atau tindakan undang undang diambil ke atas mereka” katanya.

Menurutnya, Jalan Bukit Bintang dibuka semula seperti biasa pada 12.30 tengah hari.

Sunday, 27 March 2016

KURSUS PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM

SUSUNAN ABU NUR FATIMAH HANANI DAN ABU NUR SAKINAH AN NAJIYYAH

“Selamat pengantun baru, semoga kekal bahagia keanak cucu”. Demikianlah ucapan indah berupa penghargaan yang sering dihadiahkan buat psangan mempelai yang baru melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan. Sememangnya itulah harapan kita buat setiap psangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga. Bahkan demikianlah impian dan cita cita mereka salami ini. Namun begitu, apa yang dipersoalkan ialah sejauh manakah persediaan dan bekal yang telah dibuat oleh bakal suami isteri tersebut dalam perjuangan melayari bahtera rumah tangga yang akan mereka harungi bersama. Kemanakah haluan dan matlamat yang ingin dituju. Apakah persediaan bagi menghadapi badai da gelora, yang bakal melanda. Juga bagaimanakan bentuk keluarga yang ingin dibina oleh nakhoda dan jurumudi ini?


Buku ini berusaha memberi bimbingan kepada bakal – bakal pengantin dan seterusnya bakal bergelah ibu dan ayah. Semoga ianya menjadi panduan terbaik bagi anda dalam usaha membina rumahtangga yang harmoni penuh kasih saying, aman
dan bahagia berlandaskan syariat islam Insyaallah.

Sunday, 20 March 2016

INTERLOK@ABDULLAH_HUSSAIN

Penulisan Abdullah Hussain banyak diasaskan kepada pengalaman hidupnya yang luas seperti yang dapat diikuti menerusi 19 buah novel, tiga buah kjumpulan cerpen, enam buah biografi dan sebuah autobiografi. Di samping itu belian juga menghasilkan beberapa buah kamus, buku peribahasa dan buku terjemahan. Ketekunan dan kebolehan Abdullah Hussain berkarya telah diperakui melalui beberapa hadiah peraduan, pemberian S.E.A Write Awards (1981) dan kemuncaknya, Anugerah Sastera Negara (1996).

Interlok memenangi hadiah penghargaan peraduan mengarang nove l10 tahun merdeka tahun 1967. Novel ini merakamkan intisari sejarah Negara khususnya tanah melayu ketika mencapai kemerdekaan. Tema utama nocel ini ialah intergrasi kaum terbesar iaitu melayu cina dan india yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menalani hidup bersama sebagai rakyat Negara yang merdeka dan berdaulat.


Sunday, 13 March 2016

my university.. agriculture university.. diploma & degree... 7 years study 18 - 26 years old.


KAD PERUBATAN TAKAFUL SATU KEPERLUAN MASA KINI @SINARHARIAN

Cuba lihat di dalam dompet anda, kad jenis apakah yang memenuhi ruang yang disediakan? Bagi kebanyakan daripada kita, selain kad pengenalan dan lessen memandu, kad kad yang disisipkan pada dompet termasuklah kad ATM, kad kredit, kad kesetiaan(loyalty card) pasar raya, kad diskaun dan pelbagai lagi. Namun, ada sekeping kad yang cukup penting dan bernilai saat anda memerlukannya iaitu kad takaful perubatan. Adakah anda mempunyai kad tersebut?
Cabaran besar yang dihadapi pada masa kini ialah kos perubatan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kebimbangan terhadap bil perubatan aoabila anda memerlukannya untuk mendapat penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan tidak akan timbul sekiranya anda mempunyai pelan perlindungan perubatan takaful yang disertakan kad perubatan.
Dengan memiliki kad perubatan, anda boleh mendapatkan rawatan di mana mana hospital swasta yang merupakan panel kepada syarikat pengendali takaful tersebut. Jika perlu dimasukkan ke wad, anda tidak perlu membayar secara tunai sebaliknya bayaran dibuat oleh pihak takaful terys kepada hospital. Hal ini dapat memastikan proses mendaftar masuk dan keluar dari hospital panel berjalan dengan baik, tanpa masalah.
Pilih kad perubatan berdasarkan keperluan anda. Oleh itu kita mesti bijak memilih produk iaitu jenis perlindungan yang diperlukan dan berapa jumlah yang dilindungi. Antara yang patut dipertimbangkan termasuk memilih kos bayaran wad yang sepadan dengan kadar wad hospital ditempat tinggal kita. Selain itu, pasikan kad perubatan anda mempunyai had tahunan yang cukup dan had seumur hidup yang mencukupi bagi menampung keperluan perubatan anda.
Perkara paling penting sudah tentu dari segi caruman. Anda bukan sahaja perlu memikirkan berapa caruman yang mampu dibayar tetaoi jangkamasa pembayaran, serta sijil takaful yang diambil akan memberikan perlindungan yang cukup dan menyeluruh.
Terdapat pelbagai jenis kad peubatan dipasaran. Sama ada kad perubatan tersebut mempunyai ko takaful(takaful bersama) iaitu pengendali takaful membayar suatu peratusan bil perubatan dan selebihnya dibayar oleh pencarum itu sendiri.
Pilihan yang lebih baik adalah kad perubatan tanpa ko takaful. Di mana pengendali takaful akan membayar bil perubatan sepenuhnya;walaupun sumbangan yang dikenakan sedikit tinggi, ia memberi nilai jangka panjang pada keperluan kesihatan anda.
Kad perubatan sebenarnya juga mempunyai manfaat sebagai simpanan dan perlindungan. Selalulnya pelan perlindunga perubatan disertakan bersama pelan takaful bekaitan pelaburan. Orang yang dilindungi bukan sahaja mendapat rawatan dan khidmat nasihat daripada doctor pakar, malah boleh mendapat potensi pulangan pelaburan yang boleh dijadukan sebagai simpanan untuk masa depan.
Setelah bertahun tahun bekerja keras, adakah anda rasa berbaloi menggunakan wang simpana nuntuk membiayai bil waeatan yang tinggi pada masa akan dating> jangan terus menunggu sehingga kita hilang sebahagian kebahagiaan yang mampu kita nikmati hanya kerana tiada persediaan atau perancangan untuk menghadapi sebatang perkara yang tidak dijangka.
Tuntutan berganda boleh dibuat di bawah manfaat ini selagi tuntutan yang perlu dibayar memenuhi syarat syarat awal yang ditetapkan dan tuntutan yang perlu dibayar adalah dalam had jumlah perlindungan. Great Eastern Takaful ialah satu satunya pengendali takaful yang menawarkan bayaran 50%  bagu tuntutan penyakit kritikal pada peringkat awal.
Untuk mengetahu berapa jumlah perlindungan yang anda perlukan, gunakan kalkulator bagi penyakit kritikal yang disediakan dilaman web kami untuk menganggar amaun yang anda perlukan bagi pelan perlindunga penyakit kritikal.
Pelan I- Great Salam ini terbuka bagi umur kemasukan minimum 30 hari dan maksimum 60 tahun dengan caruman serendah RM100 sebulan. Tertakluk pada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut layari laman web kami di www.greateasterntakaful.com atau anda juga boleh membuat temu janji dengan perunding takaful kami yanf berhampuran dengan tempat anda.

#sinarharian #sinarharian 

Saturday, 12 March 2016

Sinar Harian UJIAN MALAYSIA, AS DAN IRAN@ADAM A KADIR

Di samping rakyat Malaysia disajikan dengan masalah yang dihadapi kepimpinan Negara, Amerika Syarikaat (AS) bertumpu kepada isu – isu persaingan untuk menjadi Presiden. Iran pula memberikan keutamaan kepada perihal senjata untuk mempertahankan diri. Baru baru ini Tun Dr Mahathir, Tun Lee Liong Sik, Lim Kit Siang, Tan Seri Sanusi Junid dan beberapa tokoh PKR , Pas, Harapan dan NGO telah membuat deklarasi untuk mengeyahkan DS Najib daripada jawatan Perdana Menteri.
Dalam kehangatan deklarasi ini, timbul pula letusan bahawa Najib dan beberapa lagi telah diancam oleh IS untuk diculik. Untuk itu polis telah menahan beberapa orang yang disyaki IS. Dalam sejarah, banyak kejadian timbul yang boleh mengalihkan perhatian rakyat. Pada awal 196-an, Indonesia dibawah pemerintahan Sukano menghadapi masalah kekurangan makanan sedangkan beliau sentiasa meniup semangat kebangsaan dari Sabang ke Marauke.
Dari ucapannya uang menerawang dari Radio Republik Indonesia (RRI), Indonesia seolah – olah mempunyai musuh jauh dan dekat sekeliling pinggang, justeru semua musuh itu mesti diperangi. AS, UK berupa musuh jauh dan Malaysia musuh dekat. Ketiga tiga musuh itu mengancam untuk menghancurkan Indonesia. Kononnya, dari pangkalan tentera di singapura dan teluk subic di Filipina. Sedangkan Malaysia dikatakan menjadi alat penjajahan baharu, dipanggil Nekolim (neo-colonialism) bagi pihak AS dan UK.
Ketika itu penduduk Malaysia jauh lagi dari mencecah 10 juta, sedangkan Indonesia sedah ada 120 juta. Dalam pidato yang berkobar – kobar, sukarno tidak sengaja membocorkan sebab sebenar kenapa laungan permusuhan menjadi begitu lantang, kekurangan makanan dan kemiskinan rakyat. “kita harus terus berjuang walaupun terpaksa memakan jagung”. Itulah nasib yang dialami rakyatnya – kekurangan makanan, ancaman kelaparan berleluasa, sedangkan makanan rakyat yang ada ialah jagung.
Dalam keadaan genting begitu, sukarno memeluk pejuang pejuang komunis bagi menguatkan politiknya. Dari aksi dan reaksi seterusnya, berlakulah perampsan kuasa yang dipanggil gestapu, satu penentangan komunis terhadap kepimpinan tentera yang dimenangi tentera pada hujung September 1965. Itulah kekandasan sukarno dalam politik adudombanya.
Perkembangan politik di Malaysia kini tidak sama dengan yang di Indonesia itu. Komunis dan tentera tidak terlibat. Yang ada ialah sebab berjangkit bernama 1MDB. Sejak wall street journal di new York melaporkan gara garanya, 1MDB enggan berlalu. Dalam istilah undang undang ia dipanggil dalam Bahasa inggeris proximate cause atau sebab berjangkit. Jika Ali menjentik punting rokoknya dan singgah di penuang minyak, maka api pun menyemarak, stesen minyak terbakar. Pastinya hukuman yang paling berat dikenakan kepada Ali, melainkan ada sebab sebab tertentu yang boleh meringkan hukuman ke atasnya.
Berbalik kepada soal pendulikan Najib dan deklarasi itu. Sejauh mana segalanya ini menjadi sesuatu yang masuk ke hati rakyat bergantung kepada persepsi rakyat. Dalam politik dan kehidupan hari – hari, seing persepsi mengatasi hakikat sebenar. Itulah yang menggerakkan mereka apabila mahu memangkah undi dalam pilihan raya. Di barat, teutama AS, peninjau pendapat terkemuka atau pollsters amat tepat mengukur persepsi. Ukurannya diterima meluas. Begitulah saringan dibuat terhadap bakal bakal calon presiden. Yang mendapat ukuran rendah lantas menarik diri. Di sini, kita masih dalam keadaan ternafi daripada itu.
Dalam kempen calon – calon presiden AS itu, pelbagai tuduhan hodoh dilemparkan Antara satu sama lain. Ada fitnah nyata. Ada pembohongan hidup hidup. Ada ancaman tindakan mahkamah. Namun semuanya pupus begitu saja. Orang berkulit nipis dianggap tidak layak menjadi presiden. Maka mereka menggunakan maklumat untuk menangkis maklumat palsu. Rakyat menjadi mahkamah terbuka untuk membuat keputusan. Oihak yang ada kuasa tidak menggunakan kuasa untuk ,enykingkirkan pihak yang menentang. Dibiarkan demokrasi bersemarak dalam keindahan dan keburukkanya.
Di iran dalam menghadapi penentangan kuasa barat yang melindungi Israel, ketegasan ditunjukkannya secara wajar. Israel dibiarkan oleh barat mempunyai 200 senjata nuclear, sedangkan irang ditahan  dari memiliki walaupun satu. Akhir akhir ini iran menguji bom roket jarak jauh tanpa nuclear sebagai langkah bertahan dan bukan menyerang, itu pun dibenci Israel dan barat. Dalam menghadapi masalah ekonomi yang dikenakan oleh barat, rakyatnya sanggup mengikat perut, hidup paling sederhana, terys hidup dengan tidak berlutut kepada barat. Tidak mungkin segala itu boleh berlaku tanpa keutuhan dan teladan daripada pemimpin – pemimpinnya. 

MAMPUKAH ANAK KITA MILIKI RUMAH ?

Dalam filem pengarah mampu mencipta apa sahaja ramalan, andaian dan khayalan semata – mata untuk  menghiburkan penonton.
Dalam Nujum Pak Belalang, umpamanya, penonton dipersembahkan dengan satu demi satu telekan Pak Belalang, seorang nujum auta yang miskin, yang akhirnya menjadi menantu raja. Tetapi, dalam dunia realiti, ini mustahil.
Dalam suasana eknomi tidak menentu, harga barang dan bayaran perkhidmatan makin tinggi, kos hidup semakin meningkat seperti sekarang, pengkaji paling hebat pun payah hendak ramalkan masa depan rakyat dalam trmpoh tiga atau empat tahun akan datang, apatah lagi nasib anak cucu kita.
Kita ambil contoh tempat kediaman. Anak muda yang bergaji empat atau lima ribu ringgit hari ini sudah mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah perbelanjaan. Kalau sudah berkahwin dan beranak, semakin beratlah bebanan yang dtianggung.
Sudah ramai yang mengikat perut dan membawa bekalan makanan dari rumah ke tempat kerja. Yang bergaji rendah tidak payah ceita lagilah.
Bayangkan, harga rumah teres sederhana dua tingkat, jauh di pinggir Bandar besar pun sudah mencecah RM450,000 sebuah, kalau tidak lebih.
Mereka yang membelinya perlu bayar tidak kurang RM2,000 sebulan selama 23 tahun atau lebih.
Maka rumah yang sepatutnya jadi mampu milik sudah jadi ‘mampu lihat’ sahajalah bagi kebanyakkan orang muda yang bergaji RM4,000 dan berkahwin.
Itu sekarang, Bayangkan lima atau sepuluh tahun lagi. Mampukah anak cucu kita beli rumah? Renungkanlah!
Ini bukan gurauan. Ini hakikat dan kerana itu, kerajaan dan semua yang berkaitan perlu bersungguh – sungguh mencari jalan keluar.
Dalam keadaan begitu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Zahid Hamidi baru – baru ini bahawa sudah sampai masa untuk kerajaan campur tangan dalam menentukan harga rumah yang kini melambung tinggi, memberi harapan kepada ramai.
Kerajaan tidak boleh biarkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran kerana harga rumah semasa tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.
Rumah yang boleh dibeli dengan harga RM100,000 kira – kira 25 tahun lalu di setengah tempat dibandar kini sudah mencecah RM600,000 atau lebih.
Kalau begitulah trendnya, bayangkan harga sebuah rumah untuk sepuluh tahun lagi.
Mampukah anak cucu kita membeli rumah masa itu?
Sebab itu di samping mengawal kenaikan harga rumah, kerajaan juga perlu kuatkuasakan undang – undang supaya rumah yang dikhaskan untuk rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak terlepas ke tangan mereka yang tidak layak.
Tidak guna umpamanya, bina rumah RM40,000 tapi yang layak mengigit jari.
Ahmad Zahid sendiri mengakui masalah perumahan amat meruncing, ketika beliau rasmi Konvensyen Perumahan Penjawat Awam pada 2 Mac lalu.
Untuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang membeli rumah melalui Lembaga Perumahan Penjawat Awam pula, beliau juga setuju ia dikecualikan duti setem dan akan membawa perkara ini ke atas.
Kerajaan juga sedar akan perlunya usaha memberi penjawat awam rumah mampu milik, sebelum mereka bersara sekurang – kurangnya.
Perancangan memang baik, tetapi pelaksanaan tidak semestinya berjalan lancer. Banyak yang sudah tertangguh atau terbengkalai kerana masalah kos. Yang kesiannya adalah pembeli, wang bamg perlu terus dijelaskan, sewa rumah wajib dibayar, sedangkan hasrat memilik rumah sendiri tinggal mimpi.
Seba itu sangat wajar sesiapa yang biarkan projek terbengkalai dengan tujuan menipu pembeli patut dikenakan tindakan tegas, termasuk disenaraihitamkan.
Jabatan Perumahan Negara perlu teliti 18 projek perumahan untuk penjawat awam yang terbengkalai, 12 di Kelantan, sama ada per;u diambil tindakan atau tidak.
Hari ini beberapa kerajaan negeri sudah mengambil inisiatif mewujudkan rumah murah untuk yang memerlukan.
Ia adalah langkah yang patut dipuji, tetapi seperti dalam apa sahaja bidang, ada sahaja yang menangguk di air keruh.
Difahamkan ada tempat – tempat di mana rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disewakan pada kadar RM124 hingga RM150 sebulan disewakan pula pada kadar RM400.
Sahlah mereka yang menyewakan rumah PPR itu sudah ada rumah lain.
Dengarnya kerajaan sudah bertindak untuk menghukum mereka yang mengambil kesempatan ini.
Kita juga berharap tidaklah ada pihak yang mengagihkan rumah murah dan mampu milik atas dasar pilih bulu.