Sunday, 20 March 2016

INTERLOK@ABDULLAH_HUSSAIN

Penulisan Abdullah Hussain banyak diasaskan kepada pengalaman hidupnya yang luas seperti yang dapat diikuti menerusi 19 buah novel, tiga buah kjumpulan cerpen, enam buah biografi dan sebuah autobiografi. Di samping itu belian juga menghasilkan beberapa buah kamus, buku peribahasa dan buku terjemahan. Ketekunan dan kebolehan Abdullah Hussain berkarya telah diperakui melalui beberapa hadiah peraduan, pemberian S.E.A Write Awards (1981) dan kemuncaknya, Anugerah Sastera Negara (1996).

Interlok memenangi hadiah penghargaan peraduan mengarang nove l10 tahun merdeka tahun 1967. Novel ini merakamkan intisari sejarah Negara khususnya tanah melayu ketika mencapai kemerdekaan. Tema utama nocel ini ialah intergrasi kaum terbesar iaitu melayu cina dan india yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menalani hidup bersama sebagai rakyat Negara yang merdeka dan berdaulat.


No comments:

Post a Comment