dari akhbar sinar harian : AHMAD ISMADI ISMAIL
KUALA LUMPUR – Seramai lima lelaki ditahan, dipercayai
kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika menyuraikan sekumpulan
pemandu teksi yang melancarkan mogo berhampiran sebuah pusat membeli belah di
bukit bintang bagi membantah perkhidmatan Grabcar dan Uber, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol
Samah berkata, pihaknya turut menyita dua teksi kerana menghalang lalu-lintas.
“Sekumpulan pemandu teksi berkumpul di Jalan Ampang
berhampiran KLCC pada jam 10 pagi, sebelum mereka berarak ke jalan Bukit
Bintang.
“Kita dapati 50 hingga 70 teksi diletakkan dihadapan sebuah
pasar raya di Jalan Bukit Bintang pada jam 10.20 pagi”, katanya.
Beliau berkata, Jalan Bukit Bintang mulai sesak pada jam
10.30 pagi kerana pemandu teksi memberhentikan kenderaan mereka disitu.
“Hanya satu lorong boleh dilalui. Semua jalan masuk ke Jalan
Bukit Bintang terpaksa dilencongkan oleh polis trafik bagi mengelakkan orang
ramai terperangkap dalam kesesakan lalu lintas” katanya.
Zainol berkata, timbalannya Superintendan Habibi Majinji
cuba berunding dengan wakil kumpulan pemandu teksi itu, tetapi gagal.
“Pada jam 11.45 pagi, kita telah berikan arahan untuk mereka
bersurai dalam tempoh 15 minit atau tindakan undang undang diambil ke atas
mereka” katanya.
Menurutnya, Jalan Bukit Bintang dibuka semula seperti biasa
pada 12.30 tengah hari.

No comments:
Post a Comment