Saturday, 12 March 2016

Sinar Harian UJIAN MALAYSIA, AS DAN IRAN@ADAM A KADIR

Di samping rakyat Malaysia disajikan dengan masalah yang dihadapi kepimpinan Negara, Amerika Syarikaat (AS) bertumpu kepada isu – isu persaingan untuk menjadi Presiden. Iran pula memberikan keutamaan kepada perihal senjata untuk mempertahankan diri. Baru baru ini Tun Dr Mahathir, Tun Lee Liong Sik, Lim Kit Siang, Tan Seri Sanusi Junid dan beberapa tokoh PKR , Pas, Harapan dan NGO telah membuat deklarasi untuk mengeyahkan DS Najib daripada jawatan Perdana Menteri.
Dalam kehangatan deklarasi ini, timbul pula letusan bahawa Najib dan beberapa lagi telah diancam oleh IS untuk diculik. Untuk itu polis telah menahan beberapa orang yang disyaki IS. Dalam sejarah, banyak kejadian timbul yang boleh mengalihkan perhatian rakyat. Pada awal 196-an, Indonesia dibawah pemerintahan Sukano menghadapi masalah kekurangan makanan sedangkan beliau sentiasa meniup semangat kebangsaan dari Sabang ke Marauke.
Dari ucapannya uang menerawang dari Radio Republik Indonesia (RRI), Indonesia seolah – olah mempunyai musuh jauh dan dekat sekeliling pinggang, justeru semua musuh itu mesti diperangi. AS, UK berupa musuh jauh dan Malaysia musuh dekat. Ketiga tiga musuh itu mengancam untuk menghancurkan Indonesia. Kononnya, dari pangkalan tentera di singapura dan teluk subic di Filipina. Sedangkan Malaysia dikatakan menjadi alat penjajahan baharu, dipanggil Nekolim (neo-colonialism) bagi pihak AS dan UK.
Ketika itu penduduk Malaysia jauh lagi dari mencecah 10 juta, sedangkan Indonesia sedah ada 120 juta. Dalam pidato yang berkobar – kobar, sukarno tidak sengaja membocorkan sebab sebenar kenapa laungan permusuhan menjadi begitu lantang, kekurangan makanan dan kemiskinan rakyat. “kita harus terus berjuang walaupun terpaksa memakan jagung”. Itulah nasib yang dialami rakyatnya – kekurangan makanan, ancaman kelaparan berleluasa, sedangkan makanan rakyat yang ada ialah jagung.
Dalam keadaan genting begitu, sukarno memeluk pejuang pejuang komunis bagi menguatkan politiknya. Dari aksi dan reaksi seterusnya, berlakulah perampsan kuasa yang dipanggil gestapu, satu penentangan komunis terhadap kepimpinan tentera yang dimenangi tentera pada hujung September 1965. Itulah kekandasan sukarno dalam politik adudombanya.
Perkembangan politik di Malaysia kini tidak sama dengan yang di Indonesia itu. Komunis dan tentera tidak terlibat. Yang ada ialah sebab berjangkit bernama 1MDB. Sejak wall street journal di new York melaporkan gara garanya, 1MDB enggan berlalu. Dalam istilah undang undang ia dipanggil dalam Bahasa inggeris proximate cause atau sebab berjangkit. Jika Ali menjentik punting rokoknya dan singgah di penuang minyak, maka api pun menyemarak, stesen minyak terbakar. Pastinya hukuman yang paling berat dikenakan kepada Ali, melainkan ada sebab sebab tertentu yang boleh meringkan hukuman ke atasnya.
Berbalik kepada soal pendulikan Najib dan deklarasi itu. Sejauh mana segalanya ini menjadi sesuatu yang masuk ke hati rakyat bergantung kepada persepsi rakyat. Dalam politik dan kehidupan hari – hari, seing persepsi mengatasi hakikat sebenar. Itulah yang menggerakkan mereka apabila mahu memangkah undi dalam pilihan raya. Di barat, teutama AS, peninjau pendapat terkemuka atau pollsters amat tepat mengukur persepsi. Ukurannya diterima meluas. Begitulah saringan dibuat terhadap bakal bakal calon presiden. Yang mendapat ukuran rendah lantas menarik diri. Di sini, kita masih dalam keadaan ternafi daripada itu.
Dalam kempen calon – calon presiden AS itu, pelbagai tuduhan hodoh dilemparkan Antara satu sama lain. Ada fitnah nyata. Ada pembohongan hidup hidup. Ada ancaman tindakan mahkamah. Namun semuanya pupus begitu saja. Orang berkulit nipis dianggap tidak layak menjadi presiden. Maka mereka menggunakan maklumat untuk menangkis maklumat palsu. Rakyat menjadi mahkamah terbuka untuk membuat keputusan. Oihak yang ada kuasa tidak menggunakan kuasa untuk ,enykingkirkan pihak yang menentang. Dibiarkan demokrasi bersemarak dalam keindahan dan keburukkanya.
Di iran dalam menghadapi penentangan kuasa barat yang melindungi Israel, ketegasan ditunjukkannya secara wajar. Israel dibiarkan oleh barat mempunyai 200 senjata nuclear, sedangkan irang ditahan  dari memiliki walaupun satu. Akhir akhir ini iran menguji bom roket jarak jauh tanpa nuclear sebagai langkah bertahan dan bukan menyerang, itu pun dibenci Israel dan barat. Dalam menghadapi masalah ekonomi yang dikenakan oleh barat, rakyatnya sanggup mengikat perut, hidup paling sederhana, terys hidup dengan tidak berlutut kepada barat. Tidak mungkin segala itu boleh berlaku tanpa keutuhan dan teladan daripada pemimpin – pemimpinnya. 

No comments:

Post a Comment