Dalam
filem pengarah mampu mencipta apa sahaja ramalan, andaian dan khayalan semata –
mata untuk menghiburkan penonton.
Dalam
Nujum Pak Belalang, umpamanya, penonton dipersembahkan dengan satu demi satu
telekan Pak Belalang, seorang nujum auta yang miskin, yang akhirnya menjadi
menantu raja. Tetapi, dalam dunia realiti, ini mustahil.
Dalam
suasana eknomi tidak menentu, harga barang dan bayaran perkhidmatan makin
tinggi, kos hidup semakin meningkat seperti sekarang, pengkaji paling hebat pun
payah hendak ramalkan masa depan rakyat dalam trmpoh tiga atau empat tahun akan
datang, apatah lagi nasib anak cucu kita.
Kita ambil
contoh tempat kediaman. Anak muda yang bergaji empat atau lima ribu ringgit
hari ini sudah mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah
perbelanjaan. Kalau sudah berkahwin dan beranak, semakin beratlah bebanan yang
dtianggung.
Sudah
ramai yang mengikat perut dan membawa bekalan makanan dari rumah ke tempat
kerja. Yang bergaji rendah tidak payah ceita lagilah.
Bayangkan,
harga rumah teres sederhana dua tingkat, jauh di pinggir Bandar besar pun sudah
mencecah RM450,000 sebuah, kalau tidak lebih.
Mereka
yang membelinya perlu bayar tidak kurang RM2,000 sebulan selama 23 tahun atau
lebih.
Maka rumah
yang sepatutnya jadi mampu milik sudah jadi ‘mampu lihat’ sahajalah bagi
kebanyakkan orang muda yang bergaji RM4,000 dan berkahwin.
Itu
sekarang, Bayangkan lima atau sepuluh tahun lagi. Mampukah anak cucu kita beli
rumah? Renungkanlah!
Ini bukan
gurauan. Ini hakikat dan kerana itu, kerajaan dan semua yang berkaitan perlu
bersungguh – sungguh mencari jalan keluar.
Dalam
keadaan begitu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Zahid Hamidi baru –
baru ini bahawa sudah sampai masa untuk kerajaan campur tangan dalam menentukan
harga rumah yang kini melambung tinggi, memberi harapan kepada ramai.
Kerajaan
tidak boleh biarkan sepenuhnya kepada kuasa pasaran kerana harga rumah semasa
tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.
Rumah yang
boleh dibeli dengan harga RM100,000 kira – kira 25 tahun lalu di setengah
tempat dibandar kini sudah mencecah RM600,000 atau lebih.
Kalau
begitulah trendnya, bayangkan harga sebuah rumah untuk sepuluh tahun lagi.
Mampukah
anak cucu kita membeli rumah masa itu?
Sebab itu
di samping mengawal kenaikan harga rumah, kerajaan juga perlu kuatkuasakan
undang – undang supaya rumah yang dikhaskan untuk rakyat berpendapatan
sederhana dan rendah tidak terlepas ke tangan mereka yang tidak layak.
Tidak guna
umpamanya, bina rumah RM40,000 tapi yang layak mengigit jari.
Ahmad
Zahid sendiri mengakui masalah perumahan amat meruncing, ketika beliau rasmi
Konvensyen Perumahan Penjawat Awam pada 2 Mac lalu.
Untuk
pegawai dan kakitangan kerajaan yang membeli rumah melalui Lembaga Perumahan
Penjawat Awam pula, beliau juga setuju ia dikecualikan duti setem dan akan
membawa perkara ini ke atas.
Kerajaan
juga sedar akan perlunya usaha memberi penjawat awam rumah mampu milik, sebelum
mereka bersara sekurang – kurangnya.
Perancangan
memang baik, tetapi pelaksanaan tidak semestinya berjalan lancer. Banyak yang
sudah tertangguh atau terbengkalai kerana masalah kos. Yang kesiannya adalah
pembeli, wang bamg perlu terus dijelaskan, sewa rumah wajib dibayar, sedangkan
hasrat memilik rumah sendiri tinggal mimpi.
Seba itu
sangat wajar sesiapa yang biarkan projek terbengkalai dengan tujuan menipu
pembeli patut dikenakan tindakan tegas, termasuk disenaraihitamkan.
Jabatan
Perumahan Negara perlu teliti 18 projek perumahan untuk penjawat awam yang
terbengkalai, 12 di Kelantan, sama ada per;u diambil tindakan atau tidak.
Hari ini
beberapa kerajaan negeri sudah mengambil inisiatif mewujudkan rumah murah untuk
yang memerlukan.
Ia adalah
langkah yang patut dipuji, tetapi seperti dalam apa sahaja bidang, ada sahaja
yang menangguk di air keruh.
Difahamkan
ada tempat – tempat di mana rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang
disewakan pada kadar RM124 hingga RM150 sebulan disewakan pula pada kadar
RM400.
Sahlah
mereka yang menyewakan rumah PPR itu sudah ada rumah lain.
Dengarnya
kerajaan sudah bertindak untuk menghukum mereka yang mengambil kesempatan ini.
Kita juga
berharap tidaklah ada pihak yang mengagihkan rumah murah dan mampu milik atas
dasar pilih bulu.